Monday, December 02, 2013

Permohonan Keahlian Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) / Guru Ganti 2014


ASSALAMUALAIKUM / SALAM SEJAHTERA

Syarat permohonan :
     i. Warganegara Malaysia
     ii. Umur tidak kurang 18 tahun pada 1.1.2014
     iii.Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dan empat (4) mata pelajaran lain.
     iv.Sekurang-kurangnya lulus dalam Bahasa Inggeris dan Matematik peringkat SPM.
     v. Mempunyai pengalamanmengajar sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) atau Guru Ganti - diutamakan.
     vi. Sihat tubuh badan

Borang permohonan rasmi boleh diambil di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu (PPDKBB) mulai 1 Disember 2013. Tarikh tutup permohonan bagi tahun 2014 pada 28 FEBRUARI 2014.

Sekian, terima kasih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...