Tuesday, December 17, 2013

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2014 (Sabah & Sarawak)


Syarat Kelayakan MRSM Tingkatan 4 2014 Sabah Dan Sarawak

1. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak.
2. Mendapat sekurang-kurangnya 5A 3B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR.
3. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Sabah dan Sarawak dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Sabah dan Sarawak.
4. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

Cara Mohon MRSM 2014 Tingkatan 4 Sabah Dan Sarawak

1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA yang berdekatan pada waktu pejabat pada hari keputusan PMR diumumkan secara rasmi.

2. Sila bawa salinan kad pengenalan serta keputusan PMR, yang disahkan benar, semasa mendapatkan kata laluan. Borang permohonan boleh didapatkan dilaman http://www.mara.gov.my/

3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.

4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah:

(Permohonan Ke Tingkatan 4)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.

Permohonan dibuka mulai 19 Disember 2013 sehingga 6 Januari 2014

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...