Monday, February 17, 2014

PBB Cadang Tubuh Institut Pemikiran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bu­miputera (PBB) mencadan­gkan penubuhan Institut Pemikiran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai meng­hargai jasa dan sumbangan pemimpin yang disegani ini kepada kemakmuran dan kemajuan negeri Sarawak.

Ketua Pergerakan Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusof berkata cadangan tersebut telah dipersetujui dalam mesyuarat exco negeri se­malam dan akan diusulkan kepada Majlis Kerja Ter­tinggi (MKT) PBB bagi mendapatkan persetujuan serta sokongan.

“Pada mesyuarat petang tadi, kami sependapat dan ingin mengusulkan kepada MKT PBB tentang cadangan untuk menubuhkan Institut Pemikiran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai meng­hargai jasa dan sumbangan beliau kepada Sarawak.

“Penubuhan institut ini amat penting kerana Pehin Sri Taib mendokumen­tasikan pemikiran beliau untuk dijadikan sebagai ba­han rujukan berguna kepada kita semua.

“Lebih utama, institut ini akan membolehkan kita men­gadakan program kepimpi­nan bagaimana beliau (Taib) dapat mentransformasikan Sarawak kepada sebuah negeri yang dahulunya pada kedudukan ekonomi yang jauh ke belakang tetapi kini muncul sebagai antara negeri terkaya di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di se­buah hotel terkemuka di sini semalam selepas mem­pengerusikan Mesyuarat Exco Negeri Pergerakan Pemuda PBB.

Mengulas lebih lanjut men­genai cadangan penubuhan institut tersebut, Fadillah berkata ia akan diwujudkan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan jika diper­setujui cadangan ini akan diu­sulkan kepada Kementerian Pendidikan.

Penubuhan institut ini ka­tanya, amat penting kerana Taib bukan sahaja seorang pembuat polisi tetapi da­pat menterjemahkan idea menjadi satu tindakan yang dapat kita lihat kejayaannya hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fadillah bagi pihak Pergerakan Pemuda PBB menyatakan rasa hormat serta penghargaan kepada Taib yang telah meletakkan batu asas yang cukup kukuh untuk negeri ini sebelum me­letak jawatan sebagai Ketua Menteri.

Pergerakan Pemuda PBB katanya, bukan sahaja meng­hormati hasrat Taib malah sepertimana mandat yang diberikan, mereka akan memberi sokongan penuh kepada Ketua Menteri ba­haru Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.

Malah katanya, Perger­akan Pemuda PBB juga sentiasa bersiap sedia un­tuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian jika kerusi tersebut dikosongkan susulan pe­letakan jawatan Taib sebagai Ketua Menteri.

“Kami tidak hanya bekerja ketika pilihan raya, tetapi bekerja sepanjang masa dan jika pilihan raya diumumkan untuk DUN Balingian kami telah bersedia dan akan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dan PBB khasnya.

“Malah sesiapa sahaja calon yang bakal diletakkan nanti ia akan disokong oleh kami dan kami yakin pucuk kepimpi­nan pasti akan memberi pel­uang kepada golongan muda untuk mengetengahkan keu­payaan mereka,” katanya.

- Utusan Borneo



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...