Tuesday, October 13, 2015

Borang Pengumpulan Data Graduan Anak Watan Sarawak Berminat Menjadi Guru


BORANG PENGUMPULAN MAKLUMAT GRADUAN DAN BAKAL GRADUAN IPTA/ IPTS (DENGAN PENDIDIKAN/ TANPA PENDIDIKAN) DALAM KALANGAN ANAK WATAN SARAWAK YANG BERMINAT UNTUK BERKHIDMAT SEBAGAI GURU SEKOLAH RENDAH/ MENENGAH DI SARAWAK.

Sasaran peserta tinjauan ini khas untuk anak watan Negeri Sarawak.

Sila kemukakan satu salinan borang yang telah dilengkapkan beserta dokumen sokongan yang lengkap kepada JPN Sarawak (u.p: Sektor Pengurusan Sekolah) sebelum 13 Oktober 2015 (Selasa). Isikan "TIADA" jika tidak berkenaan dan potong di mana berkenaan. 

Data yang dikemukakan adalah bagi tujuan mendapatkan maklumat graduan yang berminat menjadi guru. 

Tiada sebarang jaminan bahawa jawatan akan ditawarkan. Sertakan salinan kad pengenalan, kad pengenalan ibubapa/waris, sijil lahir, ijazah/ ikhtisas/ SPM, surat pengiktirafan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA-Malaysian Qualifications Agency) yang telah disahkan.


SENARAI SEMAK BORANG PENGUMPULAN MAKLUMAT GRADUAN IPTA/ IPTS (DENGAN PENDIDIKAN/ TANPA PENDIDIKAN) YANG BERMINAT UNTUK BERKHIDMAT SEBAGAI GURU SEKOLAH RENDAH/ MENENGAH DI SARAWAK
SENARAI SEMAK:
1) Salinan Kad Pengenalan (yang telah disahkan). 
2) Salinan Sijil Lahir (yang telah disahkan).
3) Salinan Kad Pengenalan ibu bapa/ waris (yang telah disahkan).
4) Salinan Sijil Akademik (Ijazah & SPM) [yang telah disahkan]. 5) Sijil Ikhtisas (yang telah disahkan).
5) Surat pengiktirafan oleh Agensi Kelayakan Malaysia/ Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Hantar bersama salinan dokumen berkenaan yang telah disahkan kepada alamat berikut:

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK 
Jalan Diplomatik, Off, Jalan Bako, 
93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak. 
(u.p. Sektor Pengurusan Sekolah) 
No. Tel: 082-473 703 / 705 / 710 / 720 / 738 / 739

1 comment:

Kenneth David said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...