Friday, November 20, 2015

Jawatan Kosong Sebagai Penolong Pegawai Tadbir Kerajaan Gred N27


Sukacita dimaklumkan Majlis Perbandaran Alor Gajah mempelawa warga Malaysia yang yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengisi kekosongan terkini sebagai:

1. Penolong Pegawai Tadbir N27

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,362.00;
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,362.00;
(iii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,662.00.00)
(iv) diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27 : RM1,737.00)
dan (d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi),
Pembantu Setiausaha Pejabat dan Pembantu Tadbir (Kewangan) adalah layak
dipertimbangkan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir
Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam
perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas
(b) Had umur bagi pelantikan secara PSL ditetapkan seperti berikut:-
(i) 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56;
(ii) 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; dan
(iii) 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun

TEMPOH PERCUBAAN
Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1
hingga 3 tahun.

PROGRAM TRANFORMASI MINDA
Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Program
Transformasi Minda.

SYARAT TAMBAHAN
Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenaraipendek calon-calon
yang layak dipanggil untuk sesi ujian / temuduga. 

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (online) sahaja dengan melayari
laman web Majlis Bandaraya Ipoh di www.mbi.gov.my dan pemohon akan dihubungkan
ke Portal Laman Web Rasmi Gerbang Mesra Rakyat Negeri Perak di bawah Aplikasi
Permohonan Jawatan Kosong.

Tarikh tutup permohonan : 3 Disember 2015

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...