Friday, January 22, 2016

Jawatan Kosong Guru International Baccalaureate Diploma Program (IBDP)

  Pengajar.Info       Friday, January 22, 2016

IKLAN JAWATAN KOSONG:  GURU INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAM (IBDP)
Bidang :
a.  Economics - di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
b.  English - di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
c.  Mathematics (SL) – di The Malay College Kuala Kangsar, Perak
d.  Biology – di Kolej Tunku Kurshiah, Enstek, Negeri Sembilan

Syarat Lantikan :
1.  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
2.  Kelulusan Ikhtisas pendidikan dari mana-mana institusi Pendidikan di Malaysia
3.  Sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.

SYARAT-SYARAT UMUM
A. TARAF JAWATAN
a)     Semua jawatan akan dilantik secara TETAP.
B. KEWARGANEGARAAN, UMUR DAN KEMAHIRAN
Calon-calon lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh lantikan.
Calon-calon hendaklah fasih Berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mampu bekerja dengan pengawasan minimum serta proaktif dalam tugas yang diberikan.
C. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Pihak Berkuasa Berkanun / Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan / Majikan dengan melampirkan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan lengkap.
D. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
CARA-CARA MEMOHON:
Resume yang telah lengkap diisi boleh dialamatkan kepada:-
PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN
ARAS 3, BLOK 2251, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
24 Januari 2016
KEPUTUSAN :
Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
logoblog

Thanks for reading Jawatan Kosong Guru International Baccalaureate Diploma Program (IBDP)

Previous
« Prev Post

No comments: