Tuesday, August 01, 2017

Hidup Berubah, Dulu Gaji RM800 Kini RM5000 Setelah Ikuti SKM

KLUANG: Seorang pemuda Orang Asli membuat keputusan tepat apabila bertukar kerjaya daripada tukang masak kepada kakitangan di syarikat minyak dan gas apabila memperoleh pendapatan lebih RM5,000 sebulan.
Muhd Aidil Arshad, 24, Orang Asli Suku Semai dari Kampung Chendriang, Tapah, Perak sudah dua tahun bertugas di sebuah syarikat penyediaan perkhidmatan minyak dan gas di Pengerang, Kota Tinggi.
Beliau berkata, kehidupannya berubah selepas mengikuti Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).  
"Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selama empat tahun saya bekerja sebagai pembantu dapur dan tukang masak dengan gaji asas RM800.
"Namun pada 2016, saya mengikuti Jelajah PLKK di Perak dan tertarik mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang gas dan minyak yang ditawarkan sebuah syarikat gas dan minyak di Seremban selama tiga bulan sebelum diserap sebagai kakitangan mereka selepas itu.
"Alhamdulillah, selepas hanya bekerja selama enam bulan, saya mendapat tawaran bekerja dengan sebuah syarikat penyediaan perkhidmatan minyak dan gas di Pengerang, Kota Tinggi pula dengan gaji asas RM5,000 sekali gus ia berjaya mengubah kehidupan saya," katanya.
Beliau yang juga salah seorang Ikon PLKK Orang Asli berkata demikian selepas perasmian Jelajah PLKK 2017 Peringkat Johor, di Pusat Latihan JAKOA, di sini, hari ini.
Terdahulu, program itu dirasmikan Senator Orang Asli, Datuk Isa Ab Hamid.
Muhd Aidil berkata, beliau bersyukur kerana program kemahiran bagi meningkatkan taraf hidup generasi muda Orang Asli di negara ini amat bermanfaat kepada golongan belia sepertinya.
"Pada mulanya, saya pun agak ragu-ragu mengikuti PLKK kerana sudah bekerja serta tidak yakin mampu belajar lagi selepas hanya mencatat keputusan cukup makan dalam SPM.
"Namun PLKK hanya menumpukan tiga bulan untuk mendapatkan SKM sebelum enam bulan secara praktikal dan diserap bekerja menjadikan ia lebih mudah buat saya," katanya.
Sumber : Berita Harian

1 comment:

IBU SALMAH said...

Saya Atas nama IBU SALMAH ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di SINGAPURA jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga di kampun,jadi TKW itu sangat menderita dan di suatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak di sengaja saya melihat komentar orang tentan AKI SOLEH dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di SINGAPURA,akhirnya saya coba untuk menhubungi AKI SOLEH dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg di berikan AKI SOLEH 100% tembus (4D) <<< 2 8 7 6 >>> saya menang togel (179,juta) meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan AKI SOLEH kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik AKI SOLEH sekali lagi makasih yaa AKI dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja AKI SOLEH DI 082-313-336-747- insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW trimah kasih banyak atas bantuang nomor togel nya AKI wassalam.

KLIK DISINI ((( BOCORAN * TOGEL * JITU ( 4D ) HARI * INI )))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...