Friday, October 13, 2017

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Dilaksanakan Semula 5 Tahun Lagi

  Pengajar.Info       Friday, October 13, 2017

GEORGETOWN - Kementerian Pendidikan akan melaksanakan semula Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya berdepan masalah kekurangan guru di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, KPLI itu akan dilaksanakan untuk kesemua jenis sekolah termasuk sekolah kebangsaan.


Bagaimanapun, untuk tahun lalu dan tahun ini, negara tidak berdepan masalah itu kerana jumlah guru yang ada kini mencukupi untuk memenuhi kekosongan di semua sekolah.

"Kita juga menjangkakan masalah kekurangan guru tidak akan berlaku pada tahun hadapan. Cuma sepanjang tahun, ada guru yang bersara, cuti sakit, bersalin dan sebagainya menyebabkan kekosongan, itu lumrah. Kementerian tidak boleh melatih guru terlalu ramai sebagai guru simpanan.

"Sebab itu kita buat unjuran untuk meletak guru yang diperlukan (tidak akan diisi sepenuhnya sepanjang tahun)," katanya selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Persatuan Kebangsaan Guru-guru Besar 2017 di sini tadi.

Sumber : Sinar Harian, 12 Okt 2017 
logoblog

Thanks for reading Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Dilaksanakan Semula 5 Tahun Lagi

Previous
« Prev Post

No comments: