Sunday, February 11, 2018

Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM)

  Pengajar.Info       Sunday, February 11, 2018

Jawatan: PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP 

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional 

JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM 

Jawatan: PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP 

GRED GAJIGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUM
DM45RM3,070.00RM11,095.00
DM51RM5,855.00RM12,445.00
DM51
(Profesor Madya)
RM6,162.00RM12,445.00
Profesor
(Gred Khas C) : VK7
RM7,676.00RM20,592.00


Jawatan: PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP 

AKADEMI/FAKULTIBIDANG
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)Sejarah, Tamadun dan Pemikiran Islam
Fakulti Seni Lukis dan Seni RekaArt Trivium
Akademi Pengajian Bahasa (APB)Bahasa Inggeris
Fakulti Senibina Perancangan dan UkurUkur Bahan


Syarat-syarat kelayakan: 

PENSYARAH UiTM 

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45 

(a) (i) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau 

(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia;
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau 

(iii) ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37). 

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51 

(c) (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (a);
dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51: RM5,855.00). 

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA) 

(d) (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (a);
dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53: RM6,162.00). 

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR) 

(e) (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan (a);
dan (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Gred Khas C: RM7,190.00). 

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

PERHATIAN KEPADA PEMOHON 

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.
3. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
+ Kad Pengenalan
+ Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
+ Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
+ Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
+ Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
4. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
5. Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
7. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
8. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
9. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak. 

KAEDAH PERMOHONAN 

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007) yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Perak di http://www.perak.uitm.edu.my



Borang Permohonan : KLIK SINI 



Tarikh tutup 15 FEBRUARI 2018 (KHAMIS). 

Sila kemukakan permohonan kepada: 


TIMBALAN PENDAFTAR KANAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
NO.TEL: (05) 374 2044/2042 

Sumber : UiTM Perak
logoblog

Thanks for reading Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Newest
You are reading the newest post

No comments: