Tuesday, October 02, 2018

Guru Dikecualikan Beban Tugas Perkeranian Mulai Januari 2019

  NR       Tuesday, October 02, 2018
DR MASZLEE berswafoto dengan tetamu pada Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu SJKC. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pendidik di seluruh negara akan bakal dikecualikan daripada beban tugas perkeranian, selewat-lewatnya pada Januari depan.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata langkah itu bertujuan memperkasa profesyen guru supaya lebih fokus kepada pengajaran di kelas bagi mendidik dan melahirkan generasi pelajar cemerlang.
Beliau berkata, amat merugikan apabila kemahiran dan kepakaran guru tidak dioptimumkan bagi tujuan mengajar, sebaliknya dibebankan dengan tugas perkeranian.
“Pegawai saya kini sedang berusaha sebaik mungkin mengkaji cara untuk meringankan beban guru yang akan dibentangkan kepada saya selewat-lewatnya pada Disember ini.
“Guru tidak perlu melakukan kerja perkeranian lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Peningkatan Standard Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.
Maszlee berkata, inisiatif itu bertujuan mengembalikan zaman kegemilangan guru, yang pernah dianggap sebagai ‘hero’ khususnya di era 80-an.
- BH
logoblog

Thanks for reading Guru Dikecualikan Beban Tugas Perkeranian Mulai Januari 2019

Previous
« Prev Post

No comments: